Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din. |
ALOR SETAR – Tiada keperluan untuk melantik pemangku jawatan Menteri Besar Kedah kerana proses pentadbiran negeri masih berjalan seperti biasa, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din.
Malah beliau berkata semua program dan aktiviti yang dirancang sebelum ini tetap dijalankan seperti biasa dengan kehadiran anggota exco kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Setakat ini sekiranya ada isu yang boleh ditentukan oleh pejabat pentadbiran, saya akan buat keputusan dan jika perlu, perbincangan bersama semua ahli exco akan diadakan.
“Tetapi sekiranya isu tersebut sangat penting baru saya akan berjumpa dengan beliau, namun kalau boleh kita tidak mahu mengganggu proses pemulihan beliau,” katanya selepas majlis pelancaran Misi Prihatin Inovasi Sosial di Wisma Darul Aman, semalam.
Ahmad Bashah masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan akibat komplikasi usus pada 6 Jun. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun.
Terdahulu, Bakar melepaskan konvoi Misi Prihatin Inovasi Sosial yang disertai pegawai daripada 12 bahagian pentadbiran di bawah pejabat SUK Kedah untuk membantu golongan sasar yang terdiri daripada pesakit-pesakit terlantar di 12 daerah seluruh Kedah.
“Program julung kali diadakan ini akan menggerakkan setiap unit pentadbiran untuk pergi ke satu daerah bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan keperluan perubatan seperti ubat-ubatan dan kerusi roda.
“Menteri besar telah memberi peruntukan sebanyak RM120,000 dan setiap daerah diperuntukkan dengan RM10,000. Seramai 240 pesakit akan menerima bantuan kali ini,” katanya. – BERNAMA