BERITA penghijrahan penyanyi terkenal Stacy memeluk Islam pada bulan Ogos tahun lalu mendapat perhatian masyarakat Malaysia.
Pun begitu, pelbagai kontroversi mula timbul apabila sesetengah penganut Islam yang mempunyai sikap fanatik tidak henti-henti mempersoalkan penampilannya.
Lebih menyedihkan, suaminya iaitu Akim Ahmad turut diheret sama hingga ada yang menggelarnya sebagai suami dayus.
Susulan itu, Akim menafikan tuduhan sengaja membiarkan isterinya tidak berhijab dan pada masa yang sama memohon orang ramai memberikan Stacy masa.
“Saya tahu ada pihak mendakwa saya seorang suami dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab setelah memeluk Islam.
“Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baru dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari. Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam namun berilah Stacy masa.
“Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas kepada kami,” katanya kepada Berita Harian Plus.
Sementara itu, Akim menyifatkan Stacy boleh diibaratkan seperti kanak-kanak yang masih kecil kerana banyak yang perlu dipelajari selaku mualaf.
Antara inisiatif yang sedang dilakukan ialah Stacy kini sedang belajar mengaji Al-Quran dengan mengupah seorang ustazah datang ke rumahnya. –Kedahnews.com