DEK kerana tersebarnya cerita bahawa kafe miliknya, Kopi & XOXO di Bangsar ditutup kerana tidak mampu membayar sewa, Nora Danish tampil menafikan dakwaan tersebut.
Pelakon itu menjelaskan, penutupan dilakukan kerana kafe itu selama ini hanya menumpang lot kedai yang diusahakan sebuah butik yang kini sudah tidak lagi beroperasi.
“Sebenarnya bukan tidak mampu bayar seperti didakwa tetapi perniagaan utama di bangunan itu iaitu butik Rumoda sudah tidak lagi beroperasi.
“Apabila Rumoda keluar, tidak berbaloi untuk kafe kami meneruskan perniagaan di situ kerana tempat itu yang juga sebuah rumah tidak sesuai untuk berniaga.
“Itu sebenarnya punca Kopi & XOXO ditutup dan bukannya kerana tidak mampu bayar sewa,” katanya kepada mStar Online.
Sebagai ganti, Nora telah pun membuka dua kafe di Bangi, Selangor dan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Jika benar kami tidak mampu bayar sewa, tidak mungkin saya bersama rakan kongsi berani buka dua cawangan sekaligus.
“Alhamdulillah ia permulaan baik dan sambutan diberikan pelanggan cukup menggalakkan terutama di Bangi,” katanya lagi.
Nora turut membuka sebuah butik pakaian di Bangi, bersebelahan kafe baharunya. – Kedahnews.com