UM Ke-27, UPM Ke-49 Dalam Senarai Universiti Terbaik Asia


UNIVERSITI Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) tersenarai dalam 50 kedudukan teratas QS University Rankings Asia 2016.

Senarai yang diumumkan menerusi laman web Top Universities pada hari ini, menyaksikan UM naik dua tangga dari kedudukan terdahulu apabila kini berada di tangga ke-27.

UPM turut mencatat prestasi memberansangkan apabila naik dari kedudukan 66 kepada 49.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula tersenarai di kedudukan 55 manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ke-63.

Dalam pada itu, kedudukan tertinggi dimiliki oleh National University of Singapore (NUS), manakala The University of Hong Kong berada di tangga ke-2, seterusnya Nanyang Technology University, Singapore berada di kedudukan ke-3.

Senarai dikeluarkan QS World University Rankings pada tahun ini adalah berdasarkan 350 universiti terbaik di rantau Asia, pertambahan 50 universiti berbanding tahun lalu. –Kedahnews.com