JIKA disebut manusia itu ‘berhambakan’ duit, mungkin ramai yang mempertikaikannya dengan mengatakan wang itu bukanlah segala-galanya.
Namun, setelah melihat gelagat wanita dan lelaki Melayu Islam yang berasak lagi berhimpit demi merebut ‘hujan duit’ RM1 yang ditaburkan membuktikan maruah tidak bererti apa-apa apabila duit adalah ‘raja’.
Menerusi perkongsian netizen di laman Facebook, gelagat kakak-kakak bertudung lagi berbaju Muslimah yang dilihat sanggup berasak dengan lelaki hanya kerana RM1 di lantai itu mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku semasa festival KL Raya Fest 2016 yang diadakan pada Jumaat minggu lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibu negara.
Hujan duit RM1 berjumlah RM50,000 itu ditabur kepada pengunjung ketika acara pembuka festival itu yang telah menarik lebih 300,000 orang dalam tempoh hanya lima jam ia dirasmikan.
Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan tersebut lebih teruk daripada gelandangan atau golongan asnaf yang lebih layak menerima bantuan kewangan daripada orang ramai.
Malah, ada yang menyifatkan perbuatan tersebut seperti ayam yang sedang mencatuk bertih.
“Tabur je dedak, bersepah ayam berebut-rebut, yang jantan tolak yang betina, yang betina dok tonggek tayang aset kutip duit, organizer dengan pengunjung pun 2 kali 5,” tulis Abu Dhaud.
“Hilang perasaan malu demi rebut wang ditaburkan penganjur, apatah lagi ia berlaku di bulan yang mulia ini. Mungkin acara begini tidak perlu dilakukan lagi pada masa akan datang,” kata pemilik facebook Norziah Mat Nor.
“Booo kepada penganjur. Nampak sangat hinanya. Aku kritik kerana budaya sebegini semakin berleluasa. Jika mahu tarik pelanggan pun bukan dengan taktik hina begini. Tabur duit, baling duit.
“Jika mahu beri duit, isi dalam sampul atau buat pertandingan. Aku sedih melihat perkara begini berlaku di Malaysia,” kata Muhammad Amran pula.
“Masya Allah… main lambung-lambung duit pula. Jika ikhlas hendak memberi, bagilah dengan cara yang lebih elok. Yang berebut pula seperti orang lupa diri. Ia menjatuhkan martabat orang sendiri,” kata AJ Diana.
Festival yang berakhir pada 26 Jun itu menawarkan lebih 600 jenama tempatan terutama pakaian Muslimah seperti baju kurung dan jubah lelaki bagi memudahkan orang ramai untuk membuat persiapan hari raya yang bakal menjelang. –Kedahnews.com