Video: Viral Sebab Jatuhkan Kamera Mahal Harga Lebih RM300K


Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki secara tidak sengaja merosakkan kamera berharga USD70,000 (RM284,462.50) di ekspo Cine Gear, Los Angeles menjadi viral di laman sosial.

Menurut laman Facebook Video&Filmmaker, kejadian berlaku ketika lelaki berbangsa Israel tersebut cuba melakukan demonstrasi menguji kekuatan dan kestabilan sebuah ‘stabilizer’ kamera.

Selepas meletakkan kamera ARRI Alexa XT pada ‘stabilizer arm’ dia melepaskan tangannya menyebabkan alatan itu patah, manakala kamera mahal di atasnya ikut terhempas.

ARRI Alexa XT yang harganya tidak ‘mampu’ milik.
Harga kamera tersebut boleh mencecah sehingga USD100,000 (RM406,475.00) bergantung kepada keperluan seseorang jurukamera.

Kejadian berkenaan menyebabkan netizen terutama dalam kalangan jurukamera meluahkan rasa terkilan mereka terhadap tindakan lelaki tersebut melepaskan tangan hingga merosakkan peralatan yang begitu berharga.

“Aduh, tak mampu saya tonton video ini lagi,” kata Culver di laman Giphy.

“Kenapa anda perlu melepaskan tangan? Terlalu banyak tekanan ke atas stabilizer arm. Mestilah ia patah!” komen Merkel Garcia.

“Kasihan kamera itu. Habislah..” luah Alan. –Kedahnews.com