VIDEO: Walau Mualaf, Dian Sastro Sudah Pandai Mengaji Al-Quran

Dian Sastrowardoyo

NAMA pelakon dari negara seberang Indonesia, Dian Sastrowardoyo sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.

Popular menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta, membuatkan Dian begitu digilai di sini.

Dalam pada itu, siapa sangka pelakon jelita yang merupakan mualaf ini rupa-rupanya mempunyai suara yang lunak selain pandai mengaji Al-Quran.

Kelebihan Dian diketahui umum selepas rakamannya membaca surah Al Baqarah ayat lapan hingga 20 menjadi viral di Indonesia.

Ramai yang memuji suara Dian mengaji dan kesungguhannya selaku mualaf dalam mendalami ajaran agama Islam.

Difahamkan, Dian merupakan salah seorang penyumbang kepada gerakan Project Quran Indonesia.

Project Quran Indonesia merakamkan audio pembacaan Quran dalam tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris.

Menariknya, peminat boleh memuat turun tanpa sebarang bayaran.

Dian memeluk agama Islam pada tahun 2006, semasa malam Israk Mikraj. –Kedahnews.com