Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa |
KUALA LUMPUR – “Saya akan tetap berusaha walau semua tak mahu membantu dan menjauhkan diri”
Itu keluhan dan ketegasan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengenai kedudukan bola sepak Kelantan waktu ini.
Tegasnya, beliau tidak akan mudah mengalah walaupun ada pihak menyindir Kelantan masih menggunakan pemain import sedangkan tidak berkemampuan.
“Ya saya sedar mereka yang dana jatuh atas riba memang senang bercakap.Tapi sebagai anak Kelantan, kita tidak mudah lemah atau berputus asa.
“Mungkin Kelantan dan KAFA tidak sekaya mereka tetapi InsyaAllah dengan sedikit yang ada kita tetap mampu menyaingi mereka yang berada (kaya),” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Annuar dalam pada itu mengesahkan jurulatih baharu Kelantan, Velizar Emilov Popov sudah mempunyai pilihan pemain import untuk pasukannya.
Menurutnya, beliau akan memberi sokongan kepada Popov walaupun ia merupakan satu tanggungjawab yang berat untuk ditanggung sendirian.
“Tunggakan juga sudah mula kita bayar ikut `dateline’ Persatuan Bola Sepak Kelantan (FAM),” katanya mengulas tentang isu tuntutan gaji tertunggak bekas jurulatih Kelantan, Steve Darby. – Kedahnews.com