TIDAK mahu peminatnya terus berteka-teki, penyanyi rock dan pelakon Awie akhirnya tampil mengesahkan status dirinya yang kini sah bergelar tunangan orang.
“Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar,” kata Awie kepada sebuah akhbar tempatan.
Sebelum ini, Berita Harian ada melaporkan Awie telah bertunang dengan seorang wanita bernama Syarifah Ladyana pada 3 Jun lalu.
Majlis pertunangan dikatakan berlangsung secara tertutup di Hotel Vistana Penang Bukit Jambul.
Walaupun Awie tidak mengesahkan statusnya, namun gosip pertunangan vokalis Wings ini bagaikan sah apabila gambar Lady yang diapit oleh dua anak perempuan Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleef tersebar di Internet.
Sementara itu, Awie menjelaskan pada awalnya dia tidak mahu mengumumkan pertunangannya kepada umum kerana berasakan ianya peribadi.
Difahamkan, pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini juga. –Kedahnews.com