Yunalis Zarai |
Boleh dikatana seni Yunalis Zarai atau Yuna kini semakin menyinar di pentas antarabangsa, dan beliau kini berada di kelasnya yang tersendiri.
Ternyata usaha gigihnya selama ini berbalas apabila album terbaharunya, Chapters berjaya mengungguli carta Top 10 Billboard bagi kategori album R&B terlaris di Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Namun yang tak sedapnya, walaupun kerjaya semakin menyinar apa yang lebih menarik perhatian peminat di Malaysia adalah foto terbaharu Yuna yang digambarkan seolah-olah dia merupakan pengikut Iluminati.
Iluminati adalah ajaran sesat yang sering kali dikaitkan dengan perbuatan menyembah syaitan.
‘Bengang’ dengan dakwaan tersebut, Yuna membidas dengan menulis di laman Twitter:
“Korang ni semua benda nak iluminati je. Berkat doa ibu parents, usaha dan rezeki is not the reason is it? Tuduh orang sembah syaitan lagi logik eh?
“Tolong ah, my Malaysian adik-adik. Korang lagi pandai ah dari semua benda merepek ini.”
Dalam tweet-nya itu juga, Yuna berpesan kepada pengikutnya agar tidak mengikut segala laman sosial miliknya jika tidak menyukai imejnya.
Dalam pada itu Yuna telah pun memadamkan gambar ‘kontroversi’ tersebut dari rangkaian sosial medianya. –Kedahnews.com