UMAT Islam baharu sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun cerita seperti penyakit ini kebiasaannya datang kepada yang baru pulang selepas beraya di kampung.
Ada tiga penyakit yang umumnya meningkat usai lebaran. Berikut penjelasannya, kata seorang doktor iaitu Karin Wiradarma yang dipetik daripada portal Klik Dokter.
1. Batuk dan Selesema – Sering berlaku disebabkan oleh penyakit ‘common cold‘. Ia disebabkan oleh virus, yang terutama menyerang apabila daya tahan tubuh sedang lemah, badan sedang kurang fit, lelah, dan kurang tidur.
Gejala penyakit ini antara lain adalah demam ringan, batuk, selesema, bersin, hidung berair, hidung tersumbat, dan tekak gatal.
Virus yang menyebabkan common cold sangat cepat menular antara manusia – terutama apabila anda bertemu dengan banyak orang sekali gus.
Berhubung dengan orang – seperti bersalaman – atau memegang benda yang dijangkiti virus juga dapat menyebabkan penularan penyakit ini. Penyakit ini dapat lebih mudah menular apabila anda jarang mencuci tangan.
Apa yang anda perlukan untuk mengatasi penyakit ini adalah mendapat istirahat cukup, makan makanan bergizi, cukupi kebutuhan cairan harian dan jika perlu makan multivitamin untuk mempercepat pulihnya daya tahan tubuh.
2. Cirit-birit – Anda dikatakan terkena cirit-birit apabila buang air besar lebih daripada tiga kali sehari, dengan konsisten lemah atau cair. Cirit-birit dapat disebabkan oleh beberapa hal.
Antaranya mengambil makanan yang merangsangkan perut seperti makanan pedas, asam, soda, dan mengandungi terlalu banyak minyak.
Cirit-birit juga dapat disebabkan oleh makan makanan yang kurang bersih atau dijangkiti kuman. Selain itu, anda juga dapat mengalami cirit-birit apabila alergik atau tidak tahan terhadap makanan tertentu.
Selain kerap buang air besar dan cecair yang konsisten, penyakit ini juga dapat mengakibatkan demam, mual-mual, muntah-muntah, kembung, dan nyeri perut. Hal pertama yang dapat anda lakukan apabila terkena cirit-birit.
3. Penyakit Metabolik Degeneratif – Hidangan yang kerap sekali disajikan setiap kali hari raya rata-rata adalah makanan yang bersantan, banyak minyak, makanan yang digoreng dan juga hidangan yang manisan.
Apabila tidak berhati-hati, menu makanan tersebut dapat menyebabkan orang pulang dengan mendapat penyakit metabolisma degeneratif seperti kolesterol tinggi dan diabetes.
Kolesterol yang tinggi dapat meningkat apabila mengambil banyak makanan yang mengandungi lemak, santan, dan minyak. Anda pun harus mengenali jenis-jenis makanan yang kolesterolnya tinggi.
Antaranya kuning telur, keju, daging merah, cumi, udang, telur puyuh, dan organ (seperti paru, hati, limpa). Makanan manis seperti gula-gula, kuih-kuih dapat membuat kadar gula, darah meningkat apabila kerap diambil.
Pengambilan gula berlebihan dapat meningkatkan risiko diabetes. Disarankan agar memeriksa kadar kolesterol dan gula dalam darah anda selepasnya lebaran.
Apabila kadar hanya meningkat sedikit, anda tidak perlu mengambil ubat. Cukup membaiki pola pemakanan dengan makanan sihat, lakukan senaman secara rutin minimum 3 kali seminggu, dan tidur cukupnya 7-8 jam sehari.
Apabila kadar kolesterol atau gula anda jauh daripada batas maksimum, atau perubahan gaya hidup belum membuahkan hasil, baharulah mengambil ubat untuk menurunkan kadar kolesterol dan gula darah. –Kedahnews.com