Gambar Hiasan |
SELESAI berpuasa, kini tiba masa untuk menghadiri jemputan perkahwinan pula. Baik perkahwinan saudara ataupun sahabat. Memang dah mulalah musim perkahwinan sekarang ni.
Ada ada saudara atau kawan yang nak kahwin? Cuba lihat jika 5 perangai ini ada atau tidak pada si bakal pengantin.
1. Sentiasa ‘on diet’
Jika ajak makan atau lepak minum-minum ke, dia akan jawab “tak boleh, tengah diet nanti baju kahwin tak muat” … Ini memang biasa terjadi. Kadang-kadang jika sampai angin jiwa gagah, dia akan order makanan, tetapi yang berkalori rendah sahaja.
2. Jimat
Jika dulu dia suka memberli belah, beli barangan alat solek dan bermacam lagi, kini dia seperti sudah perlahankan sedikit aktivitinya. Labih-lebih lagi jika aktiviti yang memakan belanja yang mahal. Ada juga yang sudah mula membawa bekal ke tempat kerja.
3. Follow dan like akaun berkaitan perkahwinan
Kalau nak kahwin, menjadi kemestian akan follow dan like akaun yang berkaitan dengan majlis perkahwinan. Segala persiapan, gubahan hantara, pelamin, kanopi, semua akan di follow. Untuk mencari inspirasi dan membuat perbandingan yang terbaik untuk hari bahagianya.
4. Pro tentang harga rumah sewa atau harga jualan rumah
Bila nak kahwin, sudah tentu mereka akan mencari rumah untuk didiami bersama kan? Waktu nak kahwin ni, mereka pasti dah mahir tentang selok belok harga jualan ataupun harga menyewa rumah. Lebih-lebih lagi yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.
5. Pro harga barangan rumah
Jika dulu kawan anda serba tak tahu tentang harga barangan di rumah, sekarang ini semua dia tahu. Mereka sangat mengikuti harga semasa barangan elektrik, harga perabut sehingga ke harga runcit barangan dapur. Mereka boleh beri tahu dengan terperinci kedai mana yang menawarkan harga lebih murah. Semuanya serba lengkap. –Kedahnews.com