SYARIKAT pengeluar telefon di India, Ringing Bells, telah memulakan penghantaran telefon pintar android ‘termurah di dunia’ mereka selepas beberapa bulan sebelum ini dianggap sebagai satu "scam" (penipuan).
Peranti android Freedom 251 yang berharga dalam lingkungan RM17 itu dilaporkan telah diekspot di beberapa negara dengan jumlah permulaan sebanyak 5,000 unit.
Syarikat yang diusahakan oleh bekas peniaga makanan kering, Mohit Goel, 29, itu mula mendapat tekanan selepas menerima 75 juta pesanan dan gerbang pembayaran onlinenya juga tidak dapat diakses berikutan terlalu ramai pengunjung.
Disebabkan itu, beberapa agensi India telah melakukan penyiasatan terhadap syarikat itu – termasuk pihak polis – kerana disyaki menipu. Syarikat itu kemudian membayar balik kesemua wang pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan.
Biarpun dengan ‘spec’ yang tidak terlalu teruk dengan harganya, telefon itu dipersoalkan dari segi kualiti kerana terlalu murah.
Goel berkata motivasinya dalam memulakan perniagaan telefon ini adalah untuk menghubungkan golongan-golongan miskin dan terpencil di India.
Goel berkata 65 peratus dari bahagian telefon itu dibuat di India manakala yang lainnya di China. –Kedahnews.com