BEIRUT – Lebih 60 orang awam telah terbunuh dalam serangan udara di barat laut Syria pada Jumaat.
Menurut kumpulan pemantau, kejadian tersebut berlaku beberapa jam sebelum genjatan sejata dijalankan sempena meraikan Aidilfitri.
Pertempuran berlaku berterusan terutama di bandar Aleppo sejak genjatan senjata tersebut diumumkan pada Rabu lalu.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata seramai 34 orang awam termasuk empat kanak-kanak terbunuh dan 200 yang lain cedera dalam serangan pemberontak di kawasan rejim tersebut.
Agensi berita Sana pula melaporkan jumlah yang lebih rendah dengan 23 kematian serta 140 mangsa cedera dan menuduh golongan pemberontak menolak gencatan senjata itu.
Aleppo dan Syria telah berpecah kepada dua bahagian antara pro-rejim dan pemberontak timur sejak pertengahan 2012. – AFP