Ieman kelihatan lebih bermaya selepas menggunakan mesin bantuan pernafasan untuknya bernafas. |
KUALA KEDAH - Bayi lapan bulan dari Kampung Ulu, di sini, yang menderita empat penyakit kronik dilihat semakin sihat dengan adanya mesin bantuan pernafasan.
Ibunya, Nor Hidayu Halim, 27, berkata, anak bongsu dari tiga adik beradik berkenaan, Ieman Fayruzz Mikhial Abdul Rahim memerlukan mesin itu demi meneruskan hidup.
Menurutnya, buat masa ini anaknya itu masih menggunakan mesin yang dipinjam sementara dan kini menunggu surat pengesahan doktor untuk membolehkan sebuah persatuan membeli mesin itu untuk kegunaan anaknya.
“Alhamdulillah, dengan adanya mesin bantuan pernafasan ini.. Ieman nampak makin sihat, dia boleh bernafas dengan lebih baik berbanding sebelum ini.
“Namun dia masih mendapatkan rawatan berterusan, seperti memasang tiub di hidungnya di hospital berdekatan,” katanya.
Nor Hidayu turut bersyukur kerana menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebelum ini.
Bagaimanapun, kata Hidayu, dia masih bimbang dengan masalah kewangan dihadapi mereka dan kini suaminya, Abdul Rahim Ismail, 31, pula tidak dapat berniaga air kelapa seperti biasa kerana kurang sihat.
Malah, katanya, dia masih buntu memikirkan bil elektrik bulanan kediaman mereka yang mencecah RM410 dan barang keperluan Ieman seperti susu khas.
Sebelum ini, kisah Ieman yang menghidap penyakit jantung, masalah paru-paru, asma dan sawan mendapat perhatian apabila memerlukan mesin bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, keluarganya tidak berkemampuan membeli peralatan yang mencecah lebih RM5,000 itu, kerana turut menanggung dua anak lain, termasuk seorang orang kurang upaya (OKU).
Bagi yang ingin membantuan boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Nor Hidayu (0210029000677695) atau menghubunginya di talian 017-4091284.
Sumber: Sinar Harian