Othman (kanan) ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Ahmad Bashah, di pejabatnya. |
ALOR SETAR - Kerajaan negeri mohon pertimbangan Pusat untuk menyegerakan pelaksanaan tiga projek utama yang disifatkan penting selain untuk memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur Kedah agar tersenarai dalam Bajet 2017.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata, tiga projek berkenaan ialah pembinaan litar lumba, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim International Airport (KXP) dan jaringan jalan raya dalam Bandaraya Alor Setar serta Kedah-Perlis, yang diberikan keutamaan kerajaan negeri untuk direalisasikan.
“Saya berperanan sebagai perantaraan antara Pusat dengan kerajaan negeri untuk membawa tiga perkara ini yang menjadi agenda utama Kedah.
"Saya harap dapat bantu Kedah menyusun atur urusan berkaitan pembangunan termasuk permohonan bantuan dari Pusat,” katanya, selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, di pejabatnya, di Wisma Darul Aman, kelmarin.
Menurut beliau, permohonan kerajaan negeri itu akan dipanjangkan kepada pengetahuan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Ghani dan Perdana Menteri (PM) selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ahmad Bashah minta saya ketengahkan beberapa perkara supaya Kementerian Kewangan dapat bantu Kedah. Kedah perlukan perhatian khusus dari Pusat kerana negeri ini agak miskin dan kekurangan sumber dalaman, harapan beliau agar Pusat dapat berikan perhatian dalam perkara berkenaan,” katanya.
Mengulas mengenai status projek berkaitan, Othman berkata, projek litar lumba yang dijanjikan kerajaan BN Kedah selepas menawan kembali Kedah daripada pembangkang hanya menunggu kelulusan rasmi Kementerian Kewangan.
“Semua dah sedia, antaranya dokumentasi, perancangan, reka bentuk cuma tunggu kelulusan sahaja. KXP yang merupakan projek mega pula perlukan kelulusan PM sendiri kerana kosnya besar, selain pembangunan jalan raya sistem penguraian trafik dalam Bandaraya Alor Setar dan jalan menghubungkan Kedah-Perlis,” katanya.
Othman berkata, projek KXP akan mengambil sedikit masa berikutan perlu dilakukan pelbagai kajian dan perincian untuk mendapatkan sokongan Pusat, antaranya kajian kemungkinan, tapak, kesan terhadap pengangkutan dan sebagainya.
“Kita tidak mahu tergesa-gesa, contohnya berlaku mendapan tanah di landasan jika kita terlalu ghairah mahu siapkan cepat hingga akhirnya jadi bebanan untuk kita baik pulih. Kesemua projek itu masih dalam pertimbangan Pusat cuma kerajaan negeri mohon dipercepatkan,” katanya.
Bagaimana pun, peruntukan menaik taraf sistem bekalan air tidak dibincangkan walaupun ia kini suatu keperluan mendesak.
“Itu melibatkan perbincangan antara kerajaan negeri, Syarikat Air Darul Aman (Sada) bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, saya percaya perkara ini telah dibawa ke pengetahuan Pusat dan akan dipanjangkan ke Kementerian Kewangan,” katanya.
Menurutnya, sekiranya projek-projek berkenaan tersenarai dalam pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Oktober depan, pastinya projek itu dapat dimulakan seawal tahun depan.
Sumber: Sinar Harian