Aidilfitri: 7 Sekeluarga Maut Dalam Nahas Di Gua Musang


PERJALANAN tujuh sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila kesemua mereka maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang – Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR, Ronok, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira 1.30 pagi itu membabitkan empat buah kenderaan iaitu dua kereta jenis Perodua Myvi, sebuah Perodua Alza dan sebuah lori lima tan Hino.


Difahamkan, nahas berpunca apabila lori dari arah Kuala Krai itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa dari Gua Musang.


Kemalangan turut menyebabkan dua bayi maut dan lapan mangsa yang lain cedera.

Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM). -Kedahnews.com