SELEPAS pemergian ibu tercinta dua tahun lalu, penyanyi Awie mengakui sambutan Aidilfitrinya menjadi sedikit suram dan kini dia lebih menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.
“Hilang ibu dan hilang isteri merupakan dua perkara yang berlainan. Saya tidak kisah jika saya hilang isteri, tetapi kehilangan seorang ibu merupakan detik paling berat untuk diterima dan dilalui sepanjang hidup.
“Jika sebelum ini saya beraya dengan ibu ayah di sisi, tetapi kini saya berasa sedih dan hiba kerana tidak dapat mencium tangan mereka. Terutamanya di pagi hari raya.
“Biasanya di pagi raya kami akan dihidangkan dengan juadah hasil air tangan ibu, tetapi bila ibu tiada, saya umpana hilang arah. Saya tidak mempunyai tempat untuk dituju.
“Semuanya nampak kosong. Saya bernasib baik kerana mempunyai anak-anak yang menjadi penyeri hidup saya,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Awie juga mengakui telah merancang untuk menamatkan zaman dudanya menjelang hujung tahun ini selepas bertunang dengan gadis pilihannya pada 3 Jun lalu. – Kedahnews.com