Aidilfitri: KPDNKK Jamin Bekalan Ayam Cukup

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bahawa bekalan ayam untuk Aidilfitri adalah mencukupi di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmud berkata setakat ini tiada laporan yang diterima berkenaan kekurangan bekalan ayam di sesetengah tempat terutama di Putrajaya.

“Jika terdapat sebarang kekurangan bekalan, ia mungkin disebabkan kelewatan pembekal menambah stok bekalan ayam kepada peniaga.

“Oleh itu, laporan kekurangan bekalan ayam untuk musim perayaan kali ini adalah tidak benar,” katanya kepada Bernama ketika mengulas dakwaan terdapat kekurangan bekalan ayam di kawasan Putrajaya hari ini. -BERNAMA