Aidilfitri: Tiada Cuti Peristiwa Di Kelantan 10 Julai Ini - Ahmad Yakob


KOTA BHARU – Kerajaan Negeri mengumumkan tiada pemberian cuti peristiwa pada hari Ahad, 10 Julai, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat untuk memberi peluang kepada anak-anak perantau yang mahu berurusan dengan pejabat-pejabat bagi menyelesaikan urusan mereka di sini.

“Mereka (anak perantau) balik sekali sekala, empat hari tu sudah cukup bagi saya.  Ahad itu kita bagi peluang untuk mereka balik berurusan di pejabat, mahu bayar hasil, dan apa sahaja. Kita lebih melihat kepentingan anak perantau. Kalau kita cuti mereka tidak ada peluang,” katanya.

Beliau hadir di Majlis Sumbangan Aidilfitri 1437H dan Ganjaran Penghulu Bersara 2014, di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Sumber: Sinar Harian