Akhirnya Dapat Pakai Baju Pengantin Lepas 80 Tahun Kahwin


Sepasang warga emas di China yang sudah berkahwin selama 80 tahun akhirnya menerima satu kejutan apabila digayakan dengan busana perkahwinan yang tidak pernah berkesempatan digunakan mereka beberapa dekad lalu.

Song Qinglin; 102, dan isteri, Song Lishi; 99, berkahwin pada 1936 dan tiada sebarang majlis diadakan bagi meraikan hari bahagia tersebut.


Cuma tiga pinggan makanan disediakan sebagai jamuan pada ketika itu.

Foto perkahwinan mereka telah dirakamkan Sabtu lalu sempena ulang tahun perkahwinan ke-80.


Hasil perkahwinan, mereka mempunyai enam orang anak, lima cucu dan empat cicit.

Gambar majlis perkahwinan mereka tersebar luas di media sosial negara tersebut seperti Weibo dan QQ. -Kedahnews.com