SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir hilang sebelah tangan akibat kebodohan ibunya yang menggunakan pisau pemotong daging untuk mengelar tangannya anaknya itu yang dipatuk ular.
Kejadian itu berlaku di China, ketika kanak-kanak berkenaan sedang bermain di luar rumahnya, apabila dia telah dipatuk oleh seekor ular.
Melihat keadaan anaknya itu, wanita yang dikenali sebagai Yang telah menghisap bisa ular terbabit dan dia telah menyapu wain pada bahagian yang dipatuk ular itu.
Yang tanpa berfikir panjang kemudiannya mengambil pisau pemotong daging dan cuba menghiris pergelangan tangan anaknya dengan harapan darah kotor dan bisa ular akan keluar.
Malangnya berlaku pendarahan yang teruk hingga memaksa Yang menghantar anaknya ke hospital terdekat namun hospital tersebut enggan merawat anaknya disebabkan keadaannya yang semakin parah.
Pihak hospital kemudiannya meminta Yang membawa anaknya ke Yongchuan dan disebabkan Yang tidak mempunyai wang, dia terpaksa meminjam 2,000 yuan daripada jiran-jirannya.
Menurut doktor, kanak-kanak itu hampir hilang tangan kanannya.
Pemeriksaan awal mendapati bisa ular tersebut tidak menghasilkan toksik yang besar namun tindakan Yang yang menyebabkan kecederaan anaknya menjadi parah.
Meskipun kanak-kanak berkenaan tidak lagi berada dalam situasi bahaya tetapi dia terpaksa dirawat di hospital dan fungsi tangannya juga akan terjejas akibat tindakan ibunya itu.
Sementara Yang pula tidak berhenti menangis dan menyesal dengan tindakannya itu. -Kedahnews.com