Arsene Wenger |
PENGURUS kelab ternama Arsenal, Arsene Wenger dikatakan bersedia untuk menggantikan Roy Hodgson yang meletakkan jawatannya baru-baru ini.
Roy meletakkan jawatan selepas skuad England gagal mara ke pusingan separuh akhir kejohanan Euro 2016 apabila tewas mengejut kepada Iceland 1-2.
Wenger yang berasal dari Perancis dikatakan berminat namun hanya akan menerimanya selepas kontraknya dengan Arsenal berakhir tahun hadapan.
“Bolehkah saya menjadi pengurus England? Mengapa tidak? Saya tidak akan menolaknya meskipun saya berpuas hati dengan kedudukan saya di Arsenal.
“Kontrak saya dengan Arsenal namun masih ada lagi setahun dan saya sudah lama berkhidmat dengan kelab itu.
“Saya amat menghormati kontrak saya dengan Arsenal dan akan terus berbuat demikian. Secara jujur, saya belum tahu rancangan saya selepas kontrak saya tamat kelak,” katanya.
Panel seramai tiga orang dari Persatuan Bola Sepak England sudah pun mula sibuk mencari pengganti Hodgson sejak bulan lalu.
Menurut laporan media antarabangsa, pengurus Sunderland, Sam Allardyce mungkin akan ditemu bual bagi jawatan tersebut minggu ini.
Turut disenarai ialah jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann yang turut dikaitkan dengan jawatan ‘panas’ itu. –Kedahnews.com