UMUM mengetahui, pelakon dan penyanyi Awie kini telah pun sah bergelar tunangan kepada Syarifah Ladyana atau lebih mesra dipanggil Lady.
Dalam pada itu, muncul pula khabar angin mendakwa vokalis kumpulan Wings itu bakal mendirikan rumah tangga pada hari raya ketiga.
Bagaimanapun, Awie tampil menafikan gosip yang tersebar itu.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, dia tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya itu kepada umum.
“Susah senang saya bersama dengan rakan media. Sudah tentu saya akan memaklumkan semua andai kami sudah dapat tarikh.
“Mereka inilah yang bersama ketika saya berhadapan kemelut rumah tangga. Semestinya berita gembira juga ingin saya kongsi dengan mereka.
“Maknanya tidak benar kami merancang mengadakan majlis perkahwinan pada Syawal ketiga nanti kerana sudah pasti sekarang ini saya sibuk membuat persiapan.
“Saya tahu ramai mempertikaikan tindakan saya bertunang, namun saya ingin memenuhi permintaan bakal isteri yang mahu merasai fasa bertunang sebelum bergelar isteri.
“Bagilah dia ruang untuk merasai semua itu buat pertama kali. Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka pada usia sebegini bersama status anak lima, masih ada yang mahukan saya.
“Kalau ikutkan hati, saya memang mahu mendirikan masjid secepat mungkin tetapi pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dulu sebelum kami disatukan,” katanya kepada BH Online.
Pasangan ini mengikat tali pertunangannya pada 3 Jun lalu di Hotel Vistana, Pulau Pinang dalam satu majlis tertutup.
Berita pertunangannya terbongkar selepas gambar dua anak gadis penyanyi terbabit, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Ladyana ketika majlis itu tersebar. – Kedahnews.com