Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan supaya berzikir, beristighfar dan berselawat ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada musim perayaan kali ini.
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu lebih elok diamalkan daripada menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas dengan mendengar lagu atau nasyid.
“Jangan ketinggalan dalam kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan balik kampung yang merimaskan dan membosankan untuk anda meniru dan mempraktikkan apa yang diamalkan oleh orang-orang soleh.
“Lebih baik bersilih ganti kumat kamit lidah antara bacaan al-Quran, zikir, istighfar dan selawat,” katanya dalam satu kenyataan.
Nik Mohamad Abduh berkata, bacaan ayat suci terapi jiwa yang paling asli berbanding lagu atau nasyid yang hanya terapi selingan.
Jalan raya tertentu di seluruh negara mula sesak dengan kenderaan disebabkan orang ramai bergerak pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. –Kedahnews.com