Bangkit Isu Hidup Mewah Jadi Strategi Jatuhkan Erdogan

Recep Tayyip Erdogan
KUALA LUMPUR – Presiden Wadah Pencerdasan Umat, Ahmad Azam Abdul Rahman mendedahkan tentang usaha golongan anti Recep Tayyip Erdogan menggunakan media barat untuk menjatuhkan Presiden Turki itu.

Beliau mendedahkan, taktik media barat adalah dengan membangkitkan tentang kehidupan mewah pemimpin Turki itu.

“Sesetengah pihak yang anti Erdogan menggunakan media barat bagi menjalankan serangan kedua dengan menggunakan kisah kehidupannya sebagai bahan serangan.

“Laporan media barat misalnya menwar-warkan bahawa tandas istana yang diduduki Erdogan diperbuat daripada emas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Siri Dialog Darul Ehsan Turki Pasca Keduta: Erdogan & Kuasa Rakyat di Universiti Selangor (Unisel).

Kenyataan beliau itu disiarkan di sebuah portal berita dalam talian hari ini.

Ahmad Azam dilaporkan berkata, Erdogan dalam Parlimen Turki baru-baru ini bagaimanapun telah menafikan perkara tersebut.

“Erdogan kata kalau datang ke istana aku, pergi tengok kalau ada tandas di situ yang diperbuat daripada emas, jika ada saya akan letak jawatan,” katanya. –Kedahnews.com