Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Di sebalik keghairahan balik kampung pada musim perayaan, banyak kes-kes kemalangan ngeri membabitkan kematian dilaporkan berlaku saban tahun.
Terbaharu, tujuh sekeluarga maut, lapan cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada pukul 1.20 pagi Ahad.
Kejadian dipercayai berlaku disebabkan sebuah lori 3 tan dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang memasuki laluan bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan dengan kereta mangsa yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur untuk beraya di Kampung Kedai Lalat, Kota Baharu.
Bagi pengguna jalan raya, pandangan seorang pengamal undang-undang, Hasif Hasan, 45, boleh dijadikan peringatan ketika tangan memegang stereng kenderaan.
Hasif, 45, Peguambela dan Peguamcara dari Tetuan Hasif Kumar & Co di Kota Baharu, Kelantan, berkata kebanyakan kes kemalangan yang dikendalikannya berpunca daripada perbuatan memotong di tempat larangan.
Beliau mengingatkan sehebat manapun seorang peguam, jika anak guam melakukan kesalahan memotong di garisan kembar lalu melanggar kenderaan di hadapan yang berada di laluan mereka yang sah, adalah hampir mustahil peguam akan dapat membantu anak guam yang cuai dalam perbicaraan.
“Pada musim perayaan ini, banyak kenderaan berada di jalan raya menuju ke kampung halaman masing-masing. Ada yang memandu mematuhi arahan dan had laju dan tidak kurang juga yang menjadikan jalan raya seperti litar lumba dan ingkar peraturan sedia ada.
“Ramai yang tidak sedar atau berpura-pura tidak sedar bahawa mereka bukan sahaja membahayakan penumpang yang berada dalam kenderaan mereka malah orang lain yang tidak bersalah turut menjadi mangsa akibat kelalaian mereka melanggar peraturan jalan raya,” kata Hasif kepada Bernama.
Jelasnya, Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menyatakan secara jelas bahawa bagi mereka yang memandu secara melulu atau berbahaya dan menyebabkan kematian penumpang dalam kenderaan sendiri atau orang lain di dalam kemalangan, wajib dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 10
tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000 dan digantung lesen, jika disabitkan kesalahan.
Secara jujur, katanya, agak sukar bagi seorang peguam untuk mengendalikan kes seumpama itu kerana 90 peratus bukti bagaimana kemalangan berlaku ada di tempat kejadian terutama bagi menentukan ‘point of impact’ atau tempat berlakunya kemalangan.
“Semua bukti berada di tempat kemalangan, sekali gus kita hampir mengetahui siapa penyebab kepada kemalangan itu. Dalam bahasa kasar, kita boleh mengagak nasib pemandu cuai yang bakal menghuni penjara kelak, jika disabitkan,” katanya.
Bukti seperti kesan geseran tayar yang panjang di permukaan jalan secara teknikalnya jelas menunjukkan kereta itu dipandu laju, kesan pecahan kaca yang banyak menunjukkan tempat mula-mula berlaku pertembungan yang sekali gus akan membantu pegawai penyiasat polis melihat siapa penyebab dan punca kemalangan, kata Hasif yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun sebagai pengamal undang-undang.
“Sikap mengharapkan kenderaan yang dipotong bergerak ke tepi atau kenderaan yang datang dari arah hadapan mengelak kenderaan kita yang memotong adalah satu pandangan atau perasaan yang sangat tidak bertanggungjawab dan seperti membunuh diri.
“Bagi mangsa pula, apa yang boleh dilakukan mereka jika kenderaan memasuki laluan mereka dan tambahan pula jika ada besi penghadang jalan? Bagaimana mereka mampu mengelak kemalangan itu daripada berlaku? Akibatnya yang tidak berdosa menjadi mangsa,” katanya.
Beliau pernah mengendalikan kes kemalangan di mana seorang anak guamnya dihukum penjara dua tahun setelah menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan yang berlaku ketika anak guamnya memotong di garisan kembar.
Menurut Hasif, pemandu yang cuai bukan hanya akan dipersalahkan jika kematian berlaku melibatkan individu di dalam kenderaan lain, malah mereka turut bertanggungjawab sekiranya penumpang dalam kenderaan mereka sendiri meninggal dunia akibat kemalangan. Mereka tetap akan dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan.
“Pernah juga ada kes di mana seorang suami yang menyebabkan kematian isteri sebagai penumpang akibat kemalangan telah dipenjarakan selama dua tahun dan turut didenda oleh mahkamah. Terserlah kekesalan yang teramat pada si suami tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
“Bayangkan kesengsaraan yang akan ditanggung anak-anak akibat ibu yang meninggal dunia dan bapa yang dipenjarakan. Tempoh dua tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Oleh yang demikian, berhati-hatilah dan memandu dengan cermat,” katanya. – BERNAMA