Beaufort Sememangnya Terkenal Dengan Hidangan Ambuyat


BEAUFORT – Ambuyat, sejenis hidangan yang dihasilkan daripada bahagian dalam batang sagu sawit, kini menjadi tarikan pelancongan di daerah ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Sairin Karno berkata para pelancong ke daerah ini pasti disajikan dengan Ambuyat, dan langkah itu menjadikan hidangan itu sebagai produk pelancongan.

“Kita berharap promosi makanan tradisi ini diperhebatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong. Pelancong mesti ingin merasai uniknya makanan di sesebuah kawasan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Fiesta Citarasa Tradisi sempena Festival Bagandang di sini, semalam.

Beliau berkata dengan adanya produk peloncangan baharu itu, penduduk setempat berpeluang untuk menjana pendapatan, selain membantu mengembangkan lagi taraf ekonomi di daerah itu. – BERNAMA