Bekas Isteri Orlando Bloom Bertunang Dengan Pengasas SnapChat


BEKAS isteri Orlando Bloom, supermodel Miranda Kerr dilaporkan sudah bertunang dengan pengasas aplikasi Snapchat, Evan Spiegel, baru-baru ini.

Evan, 26, melamar Miranda awal minggu lalu selepas hampir setahun berpacaran dengan model Victoria’s Secret tersebut.


Miranda, 33, baru-baru ini dilihat memakai cincin tunang 2.5 karat dengan berlian mewah bulat terukir padanya.


Hasil perkongsian hidup dengan Orlando, Miranda mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Flynn yang kini berusia lima tahun. –Kedahnews.com