Belum Reda, Adik Ipar Bongkar Sikap Adi Putra


PERGOLAKAN rumah tangga Adi Putra masih belum menemui penghujungnya apabila adik kepada isteri pertamanya, Aida Yusof yang bernama Shah tampil menceritakan perangai sebenar Adi Putra yang dikatakan sering mencetuskan masalah.

Menurut Shah, dia tampil membongkarkan kelakuan abang iparnya itu kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Adi sebelum ini yang dikatakan tidak benar.

Shah mendakwa Adi tidak pernah menceritakan perkara sebenar di sebalik perkahwinan keduanya.


Malah, dia juga mengatakan Adi dengan sengaja memutar-belitkan kenyataannya dengan mempergunakan nama ibunya dan menggunakan alasan zuriat.

Tambah Shah, jika Adi tidak berpuas hati dengan kenyataannya, Adi boleh berjumpa dengannya bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dan menjelaskan niatnya hanya mahu menjelaskan perkara sebenar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah kepada Astro Gempak itu, ramai yang tampil memberikan seokongan kepada Shah dan keluarga dan berharap agar Adi dapat berubah menjadi suami yang lebih baik pada masa hadapan. – Kedahnews.com