Kamarul Ashraf menunjukkan kesan darah dari pergelangan ibunya yang telah ditetak penyamun. |
KULIM - Seorang suri rumah cedera di pergelangan tangan kanan dalam pergelutan yang berlaku dengan seorang penyamun di kawasan rumahnya dekat Taman Haruan, Kelang Lama, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam7 pagi apabila mangsa berusia 40an itu sedang membuka pintu pagar rumahnya untuk menghantar tiga anaknya ke sekolah.
Menurut anak mangsa, Kamarul Ashraf Kamarul Azman,11 dia bersama abangnya berusia 13 tahun dan kakaknya berusia 15 tahun berada di dalam kereta dan sedang bersiap sedia untuk ke sekolah.
Bagaimanapun, katanya apabila ibunya sedang membuka pintu pagar datang seorang lelaki memakai topi keledar menghampiri dan cuba merampas beg tangan yang dipegang ibunya.
"Saya duduk di tempat duduk belakang dengan abang, tunggu ibu nak masuk semula dalam kereta, tapi tiba-tiba saya nampak seorang lelaki tarik beg ibu.
"Ibu menjerit dan saya tengok ibu cuba menghalang penyamun itu nak ambil beg, tapi penyamun telah tetak tangan ibu menggunakan parang,"katanya.
Katanya, beberapa saat kemudian tangan ibu telah dipenuhi darah dan menangis meminta tolong.
"Saya tengok darah banyak menitik dari tangan ibu, saya berlari keluar dan ibu sedang menangis meminta tolong,"katanya.
Selain itu seorang jiran yang enggan dikenali, berkata dia telah melihat kelibat dua suspek menaiki sebuah motosikal melalui kawasan rumahnya sebelum kejadian.
"Saya tengah sapu sampah di halaman ketika itu, tiba-tiba nampak lah sebuah motosikal yang mencurikan. Saya jerkah mereka pusing balik ke arah rumah jiran.
"Kemudian tak sampai beberapa minit saya dengar ada orang menjerit minta tolong. Saya bergegas ke sana tengok mangsa terjelopok atas lantai di halaman rumahnya sambil menangis.
"Darah juga sudah banyak. Saya sudah tidak nampak suspek tapi bila tanya dia cakap suspek yang sama saya lihat sebelum kejadian," katanya.
Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk diberi rawatan lanjut dan laporan polis juga telah dibuat.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Abdullah Arshad mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: Sinar Harian