KUALA LUMPUR – DAP memperingatkan orang ramai khususnya umat Islam Malaysia bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama yang sangat bongkak dan cuba bertindak seperti Tuhan dalam urusan negara ini.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, Abdul Hadi menonjolkan sifat buruk itu apabila menyindir umat Islam yang tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi memperkasakan peranan Mahkamah Syariah di Parlimen.
Kata beliau, kenyataan Abdul Hadi Awang kononnya setiap umat Islam Malaysia wajib menyokong usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah turut menunjukkan seolah-olah RUU yang dibentangkan PAS itu setaraf dengan hukum Allah.
“Menurut Hadi, “Kalau dia (orang Islam) tak nak naikkan taraf mahkamah dia, apa guna dia jadi orang Islam”. Kenyataan ini amat bongkak sekali kerana mengandaikan seolah-olah RUU yang dikemukakannya adalah setaraf dengan hukum Allah yang kudus,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
Abdul Hadi pada Mei lalu membentangkan RUU persendirian iaitu pindaan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat bagi memperkasa dan memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Tegas Zairil, RUU bagi memperkasakan peranan Mahkamah Syariah itu bukan hukum Allah tetapi bancuhan yang sudah melalui pentafsiran manusia.
“Segala yang terkandung dalam kitab al-Quran adalah sempurna dan tidak boleh dipinda, tidak sebagaimana perundangan manusia,” katanya. –Kedahnews.com
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, Abdul Hadi menonjolkan sifat buruk itu apabila menyindir umat Islam yang tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi memperkasakan peranan Mahkamah Syariah di Parlimen.
Kata beliau, kenyataan Abdul Hadi Awang kononnya setiap umat Islam Malaysia wajib menyokong usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah turut menunjukkan seolah-olah RUU yang dibentangkan PAS itu setaraf dengan hukum Allah.
“Menurut Hadi, “Kalau dia (orang Islam) tak nak naikkan taraf mahkamah dia, apa guna dia jadi orang Islam”. Kenyataan ini amat bongkak sekali kerana mengandaikan seolah-olah RUU yang dikemukakannya adalah setaraf dengan hukum Allah yang kudus,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
Abdul Hadi pada Mei lalu membentangkan RUU persendirian iaitu pindaan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat bagi memperkasa dan memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari |