Bugatti Veyron RM8.9 Juta Cara Ronaldo Rai Kejuaraan Euro 2016


Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan kemenangan menjuarai kejohanan Euro 2016 dengan membeli kenderaan mewah Bugatti Veyron, baru-baru ini.

Ronaldo yang mempunyai hobi mengumpul kereta sport berjenama membelanjakan wang sebanyak £1.7 juta (RM8.9 juta) bagi menambah koleksi terbaharunya itu.

Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport itu dipercayai hanya dikeluarkan sebanyak 450 unit di seluruh dunia.

A photo posted by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Perlawanan akhir Euro 2016 menyaksikan Portugal menang 1-0 menentang tuan rumah, Perancis.

Walaupun hanya beraksi selama 24 minit pada perlawanan akhir, perkara itu tidak menghalang Ronaldo untuk meraikan kejayaan pertama Portugal bergelar juara Eropah. –Kedahnews.com