Bumi Ditelan Lumpur Berubah Sekelip Mata


Sepuluh tahun lalu, kehidupan penduduk di beberapa perkampungan miskin di daerah Sidoarjo di Jawa Timur, Indonesia berubah sekelip mata apabila kampung mereka dilanda banjir lumpur.

Lumpur yang keluar tiba-tiba dari bumi bukan sahaja memusnahkan kediaman tetapi turut menghancurkan kehidupan penduduk.

Aliran lumpur tebal itu menyebabkan lebih 40,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan lebih 12 orang terkorban.

Lumpur itu mula keluar dua hari selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda wilayah berkenaan pada 27 Mei 2006.


Selepas 10 tahun, lumpur itu masih mengalir malah tidak menunjukkan tanda akan berhenti.

Arca manusia yang separuh tenggelam dalam lumpur didirikan bagi memperingati mangsa yang maut dalam tragedi itu.

Biarpun pampasan diberikan oleh syarikat gas dan minyak Indonesia, PT Lapindo Brantas yang dianggap antara punca bencana itu, tetapi ia lambat diterima oleh mereka yang terjejas.

Kini penduduk meneruskan kehidupan dengan meraih sedikit pendapatan apabila kawasan bencana berkenaan menjadi lokasi tarikan pelancongan yang popular.

Sumber: myMetro