JAM tangan kini bukan sekadar pelengkap gaya, malah mempunyai fungsi pelbagai apabila ditambah aplikasi dengan beraneka kemudahan tertentu.
Ini termasuk yang dapat membantu masyarakat Muslim terutama dalam memudahkan mereka melakukan ibadah fardu.
Jam tangan jenama Buruj umpamanya menyediakan maklumat waktu solat di seluruh dunia, kompas kiblat automatik bagi merujuk arah kiblat dengan tepat serta aplikasi tasbih digital.
Gabungan tiga dalam satu itu pastinya menarik minat khususnya golongan muda yang gilakan gajet.
Andai anda menghadapi masalah dalam pengurusan masa, jam ini boleh menyelamatkan daripada terlepas waktu melaksanakan ibadah wajib.
Pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini, pastinya memilik jam pelbagai fungsi ini boleh dimanfaatkan sebaiknya. –Kedahnews.com