Cara Terbaik Suami Layan Isteri Ketika Shopping Raya


PASTINYA apabila tiba sahaja musim perayaan, para suami tidak dapat lari daripada menemani isteri masing-masing melakukan ‘shopping’ raya.

Ketika menemani isteri, sudah tentu mereka akan mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan dan perkara ini adalah ‘mimpi ngeri’ buat setiap lelaki.

Namun jangan risau, kini anda mungkin boleh ‘memotong’ masa ketika menemani isteri anda membeli belah jika anda mengikuti tips yang genius daripada seorang pengguna Facebook ini.


Tips yang dikongsikan oleh saudara Lutfi Lokman ini mendapat lebih 19,000 perkongsian dan menerima ribuan komen dari netizen khususnya golongan lelaki disebabkan keberkesanannya.

Jom ikuti tips dari Lutfi ini.
Tengahari tadi melayani isteri yang ingin membeli kasut di sebuah pasaraya di Gurney, Penang.

Saya mengambil inisiatif menjaga anak-anak sementara beliau pergi membeli kasut raya bagi menggantikan kasutnya yang sudah rosak. Maklumlah dah lama sibuk, masa ni lah nak bagi peluang buat isteri.

“Teettt..” Mesej WhatsApp masuk.

Sekeping gambar di dalamnya ada 2 pasang kasut. Sebelah kasut asal beliau pun masuk dalam frame juga.

Saya sudah tahu jawapan. Tapi saya tidak terus menjawab. Cuma perhati apa soalannya.

“Yang mana cantik dan sesuai dengan saya ya?” tu dia soalan mai maut punya.

Saya tarik nafas dan mula menaip.

“Hmm.. Yang merah tu nampak garang. Cantik. Kena dengan semangat awak yang sentiasa bertenaga dan hebat. Warna hitam tu pun boleh tahan juga sebenarnya. Nampak elegan, bergaya dan ekslusif. Saya pilih hitam agar nampak kena dengan diri awak,” ujar saya yang bersedia.

“Ok! Thanks,” padat dan tak sampai 10 minit dia keluar dengan memakai kasut baharunya sambil tersenyum.

Tangan pun tak sempat lenguh dukung kembar lagi. Amacam?

Saya sangat berterima kasih pada siapa entah yang bagi tips supaya kau jangan jawab pendek sangat bila isteri tanya. Jawab seolah-olah kau berfikir walau hakikatnya otak kau tepu.

Cuba kita jawab ‘mana-mana je’ mau lagi 4 jam dia keluar. Itupun kalau jumpa jalan yang benar dan tak lalu poster sale 70%.

ikhlas,
Lutfi Lokman
‪#‎mutalis‬ beristeri 1.
Tanjong Bungah, Pulau Pinang. -Kedahnews.com