Che Ta "Beraya" Di Jerman, Republik Czech, Makkah


Bertuahnya bergelar insan bernama Rozita Che Wan ini atau lebih mesra dipanggil Che Ta ini.

Manakan tidak, setiap beberapa bulan ada sahaja destinasti pelancongan luar negara yang akan dijelajahi oleh keluarga selebriti ini. Malah, tidak terkecuali juga pada hari raya.

Ini kerana pelakon, pengacara, penerbit dan ahli perniagaan ini mendedahkan dia sekeluarga akan pergi bercuti ke Republik Czech dan Jerman pada raya keempat ini.

“Insya-Allah selesai majlis rumah terbuka saya di Alor Setar, Kedah, saya bersama suami dan anak bertolak balik ke Kuala Lumpur.

“Ini kerana keesokan harinya kami akan berlepas ke Prague dan Jerman selama hampir dua minggu.

“Percutian kali ini membabitkan kami bertiga saja kerana dua anak lelaki saya, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra tidak mahu turut serta.

“Mereka mahu meneruskan sambutan raya dan menghadiri rumah terbuka sanak-saudara dan rakan mereka,” katanya.


Apa yang lebih manis, setelah mereka pulang ke tanah air pada 20 Julai, mereka akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada 22 Julai ini.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui menyediakan 22 pasang baju raya setiap seorang ahli keluarganya, manakala, Aaisyah mempunyai 50 pasang. –Kedahnews.com