PELAKON, pengacara dan ahli perniagaan Rozita Che Wan yang sepatutnya berangkat ke Tanah Suci semalam telah mengambil keputusan membatalkan hasratnya untuk menunaikan umrah.
Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, keputusan itu dibuat berikutan visanya tidak diluluskan susulan dari serangan pengganas yang menyaksikan insiden letupan yang berlaku berdekatan Masjid Nabawi, Madinah, baru-baru ini.
“Sepatutnya esok (hari ini) kami bertolak. Tapi oleh kerana ada ancaman di Madinah, kami tak dapat pergi kerana visa tak diluluskan.
“Kami ke sana sebenarnya ada urusan penggambaran. Dalam masa yang sama, kami dapat menunaikan ibadah. Oleh kerana ancaman itu, kami tak dapat permit untuk bekerja.
“Sebenarnya kami di Tanah Suci 11 hari tapi penggambaran dua hari sahaja. Sebab itu saya setuju nak pergi. Tapi rezeki tiada.
“Jadi kami hanya sambung beraya di Malaysia sahaja,” kata Che Ta ketika pelancaran Mini Me di Flora Terrace @Hampshire Place, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Sebelum ini, Che Ta ada memberitahu, dia bersama suami, Zain Saidin dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah pada 22 Julai ini setelah pulang bercuti dari Republic Czech dan Jerman.
Dalam pada itu, Che Ta turut bercerita mengenai perkembangan puterinya, Aaisyah yang lebih cenderung meminati beg tangan dari barangan mainan atau pun gajet.
Kata Che Ta, Aaisyah sangat gembira apabila masuk ke butik beg tangan bersamanya hingga membuat Che Ta membelikan beg tangan untuk anaknya itu. – Kedahnews.com