Chean Chung Tak Mahu Minta Maaf

Lee Chean Chung
PETALING JAYA - Adun Semambu, Lee Chean Chung menegaskan tidak akan memohon maaf berhubung dakwaannya terhadap Pengerusi‎ Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin dalam urusan jual beli Rizab Melayu yang didakwa dibeli dengan harga murah.

Beliau berkata demikian selepas Hasan dikatakan menghantar surat ‎menuntut permohonan maaf daripada Chean Chung.

Surat tersebut menuntut permohonan maaf daripada Chean Chung dalam tempoh 14 hari.

Hasan dikatakan bakal membawa  kes tersebut ke mahkamah dan menuntut ganti rugi sehingga RM5 juta jika Chean Chung enggan memohon maaf.

"Selepas berbincang dengan peguam, saya ingin memaklumkan saya tidak akan memohon maaf.

"Segala maklum balas lanjut saya akan serahkan kepada peguam saya," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Sumber: Sinar Harian