Cristiano Ronaldo Melawat Muzium Dirinya Sendiri


CRISTIANO Ronaldo membuat kunjungan ke muzium mengenai dirinya sendiri di tempat kelahirannya di pulau Madeira, Portugal.

Ronaldo membuka sebuah muzium yang didedikasikan di atas kejayaannya sendiri pada 2013.

Baru-baru ini, ia melalui pengubahsuaian besar-besaran dan dibuka semula pada 1 Julai lalu.

Muzium tersebut mengandungi hadiah-hadiah yang dimenangi penyerang Real Madrid itu, termasuk pingat Liga Juara-Juara, La Liga Sepanyol dan Liga Perdana Inggeris.

Ia termasuk kemeja, but dan perhiasan peribadi milik bintang sukan bola sepak itu.

Muzium itu terletak dekat tugu berupa patung gangsa Ronaldo di Plaza del Mar di Funchal, dan berhampiran dengan hotelnya yang baharu, CR7.


Ia merupakan salah satu daripada empat hotel yang akan dibina di seluruh dunia.

Ronaldo turut berkesempatan bergambar di sebelah patung lilin yang menyerupai dirinya sendiri, trofi Liga Juara-Juara dan beberapa koleksi kenangan peribadi.

Pemain berusia 31 tahun itu sedang bercuti selama dua minggu, selepas kemenangan pasukannya Portugal dalam Euro 2016, baru-baru ini.

Sumber: Mirror