Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi |
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau semua madrasah di negara ini untuk memastikan tempat pengajian itu tidak terlibat dengan aktiviti ancaman militan Daesh.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan setakat ini pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri mendapati tidak ada pembabitan madrasah dengan kegiatan militan Daesh.
“Setakat ini, kita tidak dapat sebarang maklumat mengenai pembabitan madrasah.
“Jika ada, pihak polis sudah tentu mengambil beberapa langkah dan tindakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka beliau di Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri di sini hari ini.
Ahmad Zahid ditanya sama ada madrasah-madrasah dan sekolah-sekolah agama di Malaysia turut dipantau sebagaimana di Indonesia bagi mengekang penularan fahaman militan Daesh.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan Indonesia turut berkongsi dan bertukar-tukar maklumat dalam usaha membanteras ancaman keganasan di kedua-dua negara.
“Banyak bentuk pertukaran maklumat dibuat oleh pihak Interpol dan diberikan kepada pihak polis dan Polis Indonesia. (Maklumat berhubung) Undang-undang anti-keganasan yang akan dibahaskan di Parlimen Indonesia tidak lama lagi turut akan dikongsi kepada Malaysia.
“Ini bertujuan agar Malaysia dan Indonesia boleh bekerjsama untuk membanteras sepenuhnya pengaruh keganasan di dalam negara,” katanya.
Ditanya mengenai pembebasan lebih 300 pengikut pemimpin militan Islam Abu Bakar Bashir dari penjara Indonesia tidak lama lagi, Ahmad Zahid berkata: “Kita khuatir dan kita akan kerjasama dengan pihak Indonesia bertukar maklumat cap jari dan biometri.
“Ini adalah kerana kita tidak mahu mereka yang dihukum kerana kegiatan keganasan datang ke Malaysia selepas dibebaskan dan memperluaskan pengaruh mereka.” – BERNAMA