Anggota polis dari Balai Polis Kepala Batas turun membantu membersihkan rumah keluarga Muhd Fauzi di Kampung Baru, Padang Tembak, Bukit Pinang, kelmarin. |
ALOR SETAR - Sebanyak dua kawasan perumahan dan sebuah kampung di Pekan Bukit Pinang dekat sini, mengalami banjir selepas hujan lebat sejak awal pagi kelmarin.
Penduduk mendakwa banjir itu juga disebabkan sistem perparitan di sebuah projek perumahan pecah hingga menyebabkan penduduk kampung dan juga sekolah berdekatan mengalami banjir kelmarin.
Mangsa, Muhd Fauzi Ani, 46, dari Kampung Baru Padang Tembak, berkata, dia tidak menyangka air dari perparitan itu datang seperti ombak besar lalu melanda rumahnya yang berdekatan dari tapak projek perumahan itu.
“Semasa hujan lebat dan air mula melimpah masuk ke rumah, saya cuba membersihkan longkang kerana menyangka parit di rumah tersumbat hingga menyebabkan air mulai menakung di kawasan sekeliling rumah.
“Bagaimanapun beberapa minit kemudian nampak seperti ombak datang masuk ke rumah saya hingga mengheret saya sejauh 50 meter (m) dari tempat kejadian. Air setinggi 1m itu datang secara tiba-tiba hingga sukar untuk saya menyelamatkan diri,” katanya.
Menurut Muhd Fauzi, dia bernasib baik kerana tersandar di pagar belakang rumahnya akibat dibawa arus dan kemudian berenang perlahan-lahan ke jalan utama di hadapan rumahnya itu.
“Nasib baik pada masa kejadian, isteri dan anak-anak saya tiada di rumah kerana pergi ke sekolah. Masa itu saya hanya ingat mati saja berikutan kelajuan air dari perparitan kawasan perumahan itu.
“Bila saya berjaya selamatkan diri dan berada di jalan utama, saya hanya mampu lihat pelbagai barangan dalam rumah dibawa arus deras. Saya tak sempat nak selamatkan apa-apa,” katanya.
Dia sekeluarga turut berterima kasih kepada Balai Polis Kepala Batas dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Baru Padang Tembak yang turun membersihkan rumahnya selepas dipenuhi lumpur.
Sementara itu, JKKK Kampung Baru Padang Tembak, Asmi Abu berkata, banjir itu bermula pada jam 12 tengah hari kelmarin dan kejadian itu berpunca dari perparitan kawasan Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang pecah.
Katanya, banjir itu membabitkan 24 keluarga dan pihaknya membuka pusat pemindahan banjir di surau berdekatan apabila tujuh keluarga terpaksa dipindahkan.
“Bagaimanapun pusat pemindahan itu ditutup pagi tadi setelah air banjir itu surut dan pemaju sudah melakukan kerja membaik pulih sistem perparitan bagi mengelak berlakunya lagi perparitan itu pecah," katanya.
Sumber: Sinar Harian