Dari Gemas Ke Pendang, Lelaki Ini Bagi Duit Raya Kepada Jurutol


SIAPA yang tak suka kalau dapat duit raya, kan?  Pendek kata, yang muda dan tua semua mahu duit raya.

Begitulah yang dirasai oleh beberapa jurutol yang tersenyum lebar setelah mendapat duit raya dari seorang lelaki ini.

Lelaki bernama Hadi Hilman ini mengambil inisiatif memberi duit raya untuk menghargai jurutol yang berpenat lelah bertugas ketika musim perayaan.

Video perbuatannya itu sekali gus menjadi viral dan perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen turut memuji idea dan usaha yang dilakukan Hani.

Menerusi video tersebut, Hadi telah memberi duit raya kepada lima orang jurutol yang dilalui sepanjang perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan ke Pendang, Kedah.

Pada masa yang sama, Hadi turut mengajar pengguna jalan raya yang lain sama-sama menghulurkan duit raya kepada jurutol yang bertugas di hari raya.

Mana tahu, sumbangan kita yang kecil, besar maknanya pada seseorang. –Kedahnews.com