Demi Maruah Keluarga, Abang Nekad Bunuh Adik

Qandeel Baloch
Seorang lelaki yang membunuh adiknya yang merupakan bintang media sosial Pakistan, mengaku tidak malu berbuat demikian kerana dia tidak boleh menerima perangai adiknya itu.

Lelaki itu, Muhammad Wasim ditangkap selepas membunuh Qandeel Baloch, 26, pada Jumaat malam lalu.

Qandell menjadi terkenal kerana memuatnaik gambar dan video seksi, mengairahkan dan menggoda di media sosial.

Dalam satu sidang media, Wasim telah mempertahankan tindakannya membunuh adiknya itu demi maruah keluarganya.

Muhammad Wasim
Ketika menceritakan mengenai pembunuhan itu, Wasim berkata, dia telah mengheret adiknya itu sebelum mencekiknya ketika ibu bapa mereka sedang tidur di rumah mereka di Multan.

“Ya sudah tentu saya melakukannya. Saya cekik dia. Dia sedang tidur di tingkat bawah dan ketika itu 10.45 malam apabila saya memberikannya ubat dan kemudian membunuhnya.

“Saya langsung tidak malu atas semua yang saya lakukan. Apapun… perbuatannya langsung tidak boleh diterima,” katanya.

Wasim telah melarikan diri selepas membunuh adiknya namun dia berjaya dikesan ketika bersembunyi di daerah berhampiran.

Qandeel sebelum ini mendakwa telah menerima ugutan bunuh dan turut menyatakan permohonannya supaya diberikan perlindungan tidak dipedulikan. -Kedahnews.com