Digosip Bercinta Kerabat Pahang, Uqasha Enggan Ulas


HEROIN "Tundukkan Playboy Itu", Uqasha Senrose pilih untuk berdiam diri daripada beri sebarang komen berkaitan dengan gosip percintaan membabitkan dirinya dengan kerabat diraja Pahang.

Menurut sebuah portal tempatan, terdapat desas-desus mengatakan aktres berusia 24 tahun ini sedang hangat ‘bercinta’ dengan individu yang dikenali sebagai Tengku Bakar.

Pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, berkata buat masa ini dia lebih selesa menutup mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.
Bercinta Kerabat Pahang? Uqasha Pilih Diam Diri

“Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu. Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya,” katanya.

Bercinta Kerabat Pahang? Uqasha Pilih Diam DiriFoto-foto mesra ‘pasangan’ ini tersebar di laman sosial setelah kedua-duanya memuat naik foto tersebut di laman Instagram masing-masing.

‘Pasangan’ ini bak pinagn dibelah dua, sama cantik sama dan sama padan. Sudah pasti para peminat Uqasha gembira sekiranya khabar angin yang tersebar ini benar.

Seandainya sebaliknya, kami yakin peminat Uqasha turut mondoakan yang terbaik untuknya.

Tidak salah untuk saling mengenal hati budi dahulu. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka. –Kedahnews.com