Dira Abu Zahar Bercerai Dengan Suami Awal Ramadan Lalu?

Dira Abu Zahar
TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba muncul khabar angin mendakwa pelakon dan penerbit Dira Abu Zahar telah bercerai.

Memetik laporan Astro Gempak, Dira dan suaminya, Mohd. Helmi Mohd. Yusof telah bercerai sekitar awal Ramadan lalu.

Difahamkan, perselisihan faham pasangan ini berpunca daripada penajaan filem Bikeers Kental hingga muncul beberapa isu seterusnya menyebabkan mereka berbalah.

Bagaimanapun, Dira dikatakan telah dimasukkan ke hospital pada malam dia diceraikan kerana terlalu tertekan selama seminggu, mungkin kerana tidak dapat terima hakikat diceraikan.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 11 November 2011 di Merlimau, Melaka.

Sebelum ini, Dira pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahiddan dikurniakan seorang anak perempuan Tengku Anggun Deandra. –Kedahnews.com