Dira Abu Zahar Nafi Bercerai, Hanya Gaduh Biasa


SEBELUM ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pelakon Dira Abu Zahar telah pun bercerai dengan suaminya, Mohd. Helmi Mohd. Yusof sekitar awal Ramadan lalu.

Peceraian mereka itu dikatakan berpunca daripada beberapa masalah penajaaan filem Bikers Kental sehingga menyebabkan perbalahan antara mereka berdua.

Walau bagaimanapun, Dira melalui BH Online telah menafikan dakwaan bahawa dia telah bercerai dan menjelaskan perkara sebenar, di mana dia dan suaminya hanya berselihan faham dan bergaduh kecil.

“Tidak ada apa yang perlu dikecohkan mengenai hubungan rumah tangga saya dan suami kerana ia hanyalah perselisihan faham yang biasa sahaja,” katanya.

Dira juga menyangkal gosip yang mengatakan konon dia telah dikejarkan ke sebuah hospital kerana mengalami kemurungan yang teruk.

Dira dan Mohd. Helmi mendirikan rumah tangga pada November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata. – Kedahnews.com