SEORANG ibu tunggal berusia 52 tahun berhadapan dengan detik paling ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Mana tidaknya, wanita ini bukan sahaja cedera dipukul dengan hos getah, malah kemaluannya juga dilumur dengan cili api oleh jiran sekampungnya yang melarikannya di Kampung Gong Tengah, Setiu, Terengganu, pada Ahad lalu.
Siti Rohmoh Abdullah diseksa oleh empat individu yang mendakwanya menjalinkan hubungan sulit dengan suami kepada salah seorang wanita terbabit.
Dalam kenderaan yang digunakan untuk melarikan mangsa, turut terlibat dipercayai dua anak lelaki dan seorang menantu perempuan jirannya itu.
Memetik laporan myMetro, selepas diseksa mangsa kemudian ditinggalkan di Kampung Banggol kira-kira 25 kilometer dari rumahnya.
Susulan itu, mangsa membuat laporan polis dan menerima rawatan di Hospital Besut sebelum dirujuk pula ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan telah menahan suspek untuk siasatan. – Kedahnews.com