Dynas masih belum bersedia untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shazrin. |
PETALING JAYA - Pelakon Dynas Mokhtar masih belum merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shazrin dan menyerahkan perkara itu kepada ketentuan jodoh.
Dynas atau nama sebenarnya Wan Edrinas Wan Mokhtar, 33, bagaimanapun berkata, setakat ini hubungannya dengan lelaki berkenaan berjalan baik malah diterima dua anaknya iaitu Khyra Khalyssa, 6 dan Mohamed Haqaish, 4 tahun.
"Kahwin? Belum ada perancangan lagi, Insya-Allah jika ada jodoh kami pasti berkahwin tambahan pula anak-anak mula selesa dengannya.
"Tetapi kami serahkan perkara itu kepada jodoh dan setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja," katanya.
Dynas sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 namun mereka bercerai pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Dynas berkata, Shazrin adalah kenalan lamanya sejak sekolah namun hubungan tersebut terputus sehinggalah mereka bertemu kembali selepas Dynas bercerai.
Kata Dynas, dia selesa berkawan dengan lelaki berkenaan yang disifatkannya sebagai romantik dan baik hati.
"Kami sudah kenal lama dan itu membuatkan saya mudah menerimanya tetapi buat masa ini kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai sambutan Hari Raya, Dynas berkata, seperti kebiasaan dia menghabiskan masa bersama keluarga selain mengambil peluang menziarahi saudara-mara.
Malah dia gembira apabila ibunya menyediakan hidangan kegemarannya iaitu ayam golek yang turut dinanti-nantikan oleh teman-temannya jika bertandang ke rumah.
"Setiap kali Hari Raya hidangan wajib yang kena ada adalah ayam golek dan rakan-rakan yang datang ke rumah pun memang akan minta hidangan berkenaan.
"Seperti tahun sebelum ini kami sekeluarga sambut secara sederhana dengan mementingkan masa bersama keluarga dan menziarah saudara mara dan sahabat," ujarnya.
Sumber: mStar