SETELAH beberapa kontroversi melanda, Adi Putra mengumumkan hasrat untuk mengundur diri dari dunia hiburan.
Dipercayai apa yang dimaksudkan oleh aktor yang berasal dari Singapura ini adalah dia tidak lagi mahu aktif membintangi drama TV seperti dilakukannya sekarang.
Sebaliknya selepas ini Adi akan menumpukan perhatian kepada pembabitannya di layar perak sahaja.
Keputusan itu diambil hero Cinta Si Wedding Planner ini tidak ingin lagi terpalit dengan kontroversi dan gosip-gosip liar dan mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya lakonan filem.
Minggu lalu, nama Adi menjadi viral gara-gara gambar perkahwinan keduanya yang berlangsung secara senyap-senyap tersebar di media sosial.
Hal ini membuatkan Adi terpaksa membuat sidang media dan mengakui dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pegawai Imigresen dikenali sebagai Norshahida Zolkifly.
Menurut Adi, tidak banyak yang dapat dikongsikan olehnya mengenai kehidupan sekarang kerana masih terlalu baharu.
“Saya masih belum mahir dalam kehidupan berpoligami. Tapi setakat ini tiada apa-apa masalah,” ujarnya.
Jelas pelakon berusia 35 tahun ini, buat masa sekarang fokusnya tertumpu kepada tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
“Majlis resepsi, kalau diizinkan Allah, saya akan buat. Tapi itu hanyalah perancangan. Bagi saya, resepsi hanyalah sekadar adat dan budaya, apa yang penting sekarang, saya mahu laksanakan tanggungjawab dan kewajiban saya sebagai ketua keluarga,” jelasnya. –Kedahnews.com